Sunday, 13 November 2016

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA

1)    LOKUS KAWALAN DALAMAN
Dalam perspektif dalaman, lokus kawalan dalaman boleh dijelaskan bagi seseorang percayadirinya boleh mencapai kejayaan di dalam mana-mana bidang atau suasana. Howard (1996)mendefinisikan lokus kawalan dalaman sebagai setakat mana seseorang usahawan menyedarisebarang situasi yang berlaku kepada dirinya adalah disebabkan oleh perlakuan dan ciri-ciriyang ada pada dirinya. Lokus kawalan dalaman adalah lebih bergantungkepada diri-sendiri terhadap apa-apa perkara dan situasi tak kira baik atau tidak, keranamereka rasa pencapaian adalah mengikut nilai yang sanggup didosakan

Antara tokoh-tokoh usahawan yang berjaya ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau merupakan warganegara Malaysia dan berusia 55 tahun ( Januari 1961). Bapa beliau ialah Tun Mahathir Mohamad dan ibu beliau ialah Siti Hasmah Mohamad Ali. Sumber kekayaan beliau ialah perniagaan gas dan minyak dan nilai harta kekayaan beliau ialah sebanyak US$1.2Bilion(2014).
Pada 9 Disember 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bukan  Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi.Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau telah berjaya menyambung pembelajarannya dan menamatkan pengajiannya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di Universiti of Tulsa,Oklohama, U.S.A. Sifat  ingin tahu dalam diri beliau dalam bidang petroleum menyebabkan beliau terdorong untuk mengambil bidang tersebut. Setelah menamatkan pengajiannya, beliau telah mula bekerja dalam bidang pertroleum. Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat dan telah bekerja sendiri  dan syarikat pelaburannya bernama Kencana Capital Sdn Bhd.
Beliau telah berniaga dalam bidang Oil dan Gas service provider, IT, automotif, dan hartanah. Beliau telah bergabung dengan syarikat lain bagi mematangkan  perniagaanya iaitu bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 diberi nama  SapuraKencana .Tanggungjawab yang diberikan menyebabkan status perniagaan Tan Sri Mokhzani  semakin meningkat. Tan Sri Mokhzani telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi.Beliau juga dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Walaubagaimanapun, walaupun Tan Sri Mokhzani diberi jawatan yang tinggi, syarikat yang berprestasi cemerlang beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan. Beliau meletak jawatan untuk mencari peluang pernigaan di Kuala Lumpur.
 Ini menunjukkan bahawa Tan Sri Mokhzani mempunyai ciri usahawan iaitu lokus kawalan dalaman. Setiap usahawan perlulah mempunyai ciri lokus dalaman kawalan kerana ia akan memperlihatkan  akan keyakinan usahawan terhadap kebolehan dirinya sendiri. Oleh itu, Tan Sri Mokhzani  mempunyai ciri lokus dalaman kawalan apabila beliau dengan yakin dengan keputusannya untuk meletak jawatan sedangkan beliau sudah mempunyai jawatan-jawatan yang tinggi dan yakin dengan kebolehannya untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur. Setelah beliau meletakkan jawatan dan mencari peluang pekerjaan, beliau yakin dalam membuat keputusan dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad dan memulakan perniagaannya dalam pembuatan komponen, sektor penjagaan minyak dan gas dan kewangan. Sewaktu pernigaan tersebut dijalankan, beliau telah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad dan Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad. Pada tahun 2001, sewaktu latihan penjualan menyebabkan Tan Sri Mokhzani  membuat keputusan dengan yakin untuk melepaskan  semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat. Beliau telah membuat keputusan yang yakin dengan menubuhkan Kencana Capital Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat pelaburan pada tahun yang sama.
Kesimpulannya, Tan Sri Mokhzani mempunyai ciri usahawan lokus kawalan dalaman iaitu beliau membuat keputusan dengan yakin dan keputusan  beliau merupakan keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Tan Sri Mokhzani juga tidak mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti khabar-khabar angin atau ramalan-ramalan  negatif apabila dalam membuat keputusan.
2)    PROAKTIF
Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan. Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan.


Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin
Usahawan yang proaktif iaitu usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin.Beliau telah Pengasas pasaraya Mydin selepasa ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein.
Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.
         Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan.

Menurut kamus Dewan edisi keempat, proaktif bermaksud sikap positif (individu, institusi dan lain- lain) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku). (rujuk : Kamus Dewan Edisi Keempat, cetakan Dewan Bahasa & Pustaka, m/s:










3)    BERORIENTASIKAN HASIL
   Seorang usahawan mestilah seorang yang bijak dalam mencari peluang dalam bahasa yang kerap kali digunakan ialah ‘opportunity oriented’. Salah seorang usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Tony Fernandes ataupun nama asalnya ialah Anthony Francis "Tony" Fernandes yang dilahirkan pada tanggal 30 April 1964 (52 tahun). Tan sri Tony Fernandes merupakan Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd.


  Air Asia telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan mula beroperasi pada tahun 1996. Pada asalnya syarikat Air Asia merupakan syarikat kepunyaan kerajaan iaitu DRB-HICOM. Pada tahun 2001, syarikat yang dibebani hutang yang amat banyak telah diambil alih oleh Tony Fernandes melalui syarikatnya Tune Air Sdn Bhd. Beliau merupakan bekas eksekutif syarikat Tune Warner. Tune Air Sd Bhd  adalah nama yang diguna pakai selepas pengambil alihan pada harga token RM1.00. Sejak diambil alih, Air Asia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai  anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah beban hutang syarikat. Beliau tidak memandang kejatuhan Air Asia sebelum ini sebagai masalah, malah beliau mengambil peluang itu dengan membaik pulih ekonomi Syarikat Air Asia sehingga berjaya ke tahap antarabangsa.
   Secara amnya, Air Asia berjaya mencatat kejayaan kerana pihak pengurusan dibawah pimpinan Tony Fernandes mengamalkan sistem pengurusan kos yang efektif. Dalam banyak hal, kos yang rendah amat diutamakan. Air Asia menggunakan strategi di mana syarikat tersebut membeli kapal terpakai bagi menurunkan kos permulaan perniagaan . Kapal terbang terpakai sudah semestinya berharga lebih murah daripada kapal terbang yang baru. Ini adalah strategi awal. Setelah syarikat sudah mencatat keuntungan dan mempunyai dana yang lebih, kapal terbang yang dibeli pada peringkat awal ini diganti dengan kapal terbang baru secara berperingkat. Selain kos permulaan, kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga.
   Akibat daripada peristiwa 11 September 2001 banyak syarikat penerbangan lain memecat juruterbang-juruterbang mereka. Banyak syarikat penerbangan tidak dapat menanggung kos operasi kerana ramai orang tidak berani untuk membuat perjalanan menaiki kapal terbang kecuali segelintir sahaja atas sebab terpaksa atau kecemasan. Banyak syarikat penerbangan yang lain terpaksa memberhentikan laluan penerbangan yang tidak memberi keuntungan kepada  mereka. Oleh sebab itu, ramai juruterbang hilang punca pendapatan akibat dibuang atau kurang melakukan penerbangan. Air Asia mengambil peluang kerja kepada juruterbang-juruterbang yang telah dipecat ini untuk berkhidmat dengan mereka. Hanya juruterbang yang terdesak untuk bekerja akan menerima tawaran Air Asia walaupun pakej penggajian tidak begitu menarik.
     Dari segi penjenamaan pula, Tony Fernandes bijak menggunakan pengalaman beliau untuk membuat pemasaran yang strategic dan bekerjasama dengan orang kuat Virgin iaitu Sir Richard Branson. Air Asia X dimulakan hasil kerjasama dengan Virgin. Kesinambungan kerjasama ini dapat dilihat dengan kejayaan Air Asia menawarkan penerbangan ke negara-negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan lain-lain. Bermula sebagai jaguh kampong dan menerbangkan pelanggan sekitar destinasi domstik, Air Asia sekali lagi mengambil peluang untuk maju dalam penerbangan ke destinasi di luar Negara. Walaupun ia penjenamaan adalah atas berkat kesabaran Tony Fernandes.




4)    KREATIVITI DAN INOVASI
    Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
   Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini.
   Manakala, Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).





    Lisa Fong adalah merupakan pengarah urusan bagi syarikat Oscar Footwear Marketing Sdn. Bhd. Beliau telah dilahirkan dan dibesarkan di Seri Kembangan yang terletak di Selangor. Beliau telah mendapat pendidikan di London dalam bidang berkaitan dengan pembuatan kasut. Selain itu, beliau juga pernah bekerja di sebuah kedai kasut iaitu kedai kasut Bata semasa menetap di London. Sepanjang tempoh beliau bekerja di kedai kasut tersebut, beliau telah menimba banyak pengalaman terutamanya dalam bidang pembuatan kasut.
  Sejak daripada bangku sekolah lagi, beliau selalu membantu di kedai kasut milik ayahnya untuk mendapat wang saku. Pengalaman semasa beliau kecil tersebut telah mempengaruhi dan memberikan beliau semangat untuk menceburi industri kasut yang didominasi oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun, beliau tidak menghasilkan kasut untuk lelaki tetapi beliau beralih kepada bidang pembuatan kasut keselamatan.
    Selepas beliau menamatkan pengajiannya di London, beliau dan abangnya telah mengambil alih syarikat ayahnya pada sekitar tahun 1980-an. Pada masa itu, syarikat beliau bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja untuk menghasilkan kasut. Namun begitu, beliau telah menaik taraf proses pembuatan kasut syarikatnya dengan membeli jentera serta mesin berteknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti syarikatnya. Di samping itu, beliau juga telah mengembangkan perniagaan yang pada asalnya hanyalah sebuah rumah kedai kepada kilang yang lebih besar dan mampu menghasilkan antara 1,000 hingga 1,200 kasut setiap hari berbanding dengan hanya 500 hingga 700 kasut sebelum ini.
    Syarikat Oscar Footwear Marketing Sdn Bhd telah diasaskan oleh Fong Yoon Tong yang juga merupakan bapa kepada Lisa Fong. Syarikat Oscar Footwear bermula di sebuah pondok kecil pada tahun 1950. Perniagaan syarikat ini pada ketika itu bergantung kepada kasut kulit lelaki buatan tangan dan produk mereka menyerap ke dalam pasaran dengan pantas.
   Setelah perniagaan Oscar Footwear berkembang, tempat di mana mereka menghasilkan produk mereka telah menjadi terlalu kecil untuk menampung kapasiti pengeluaran yang besar. Oleh sebab itu, syarikat Oscar Footwear telah berpindah ke sebuah rumah kedai. Pada ketika itu, nama syarikat dikenali sebagai Ngee Ming Shoemaker. Fong Yoon Tong mula mengambil lebih ramai pekerja bagi meningkatkan pengeluarannya. Selain menjual produknya di kedainya sendiri, Encik Fong Yoon Tong juga mengedarkan produknya kepada peruncit kasut. Perniagaan ini telah berkembang dan kemudian syarikat ini mula menghasilkan kasut but untuk polis dan tentera serta tali pinggang untuk polis.
   Pada 17 April 1981, Ngee Ming Shoe Manufacturers Sdn Bhd telah diisytiharkan sebagai sebuah syarikan sendirian berhad. Hari ini, perniagaan ini diketuai oleh Lisa Fong yang merupakan pengarah urusan syarikat dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang pembuatan kasut.
  
    Hari ini, syarikat ini telah menjadi pakar dalam pelbagai jenis kasut keselamatan. Pelbagai jenis kasut keselamatan yang sesuai untuk persekitaran pekerjaan telah dihasilkan dan produk perniagaan ini telah diedarkan dan dikembangkan kepada lebih 500 cawangan di Malaysia dan agensi di seluruh dunia.
            Antara rangkaian produk yang dihasilkan adalah:
·         ESD kasut keselamatan untuk industri elektronik
·         But kasut keselamatan untuk industri yang berat.
·         Kasut but eksekutif.
·         Kasut kontrak Kerajaan.
·         Kasut keselamatan wanita







5)    MENGAMBIL RISIKO YANG DIPERHITUNGKAN
Di dalam dunia perniagaan yang semakin sengit pada masa kini,
risiko memainkan peranan penting dalam pembangunan diri usahawan. 
Secara teori,semakin tinggi sesuatu risiko,semakin besar peluangnya.
Teori ini merupakan anggapan biasa yang sering dikaitkan dengan kejayaan usahawan.
Seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko ,
ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat.
Sekiranya risiko tidak terhitung ,maka besar kemungkinan usahawan akan mengalami kerugian.
Usahawan yang berjaya bukanlah penjudi yang mengambil risiko.
Perbezaan antara mengambil risiko dan mengambil risiko yang diperhitungkan ialah
 perbezaan antara kegagalan dan kejayaan (Paul B,2013)
 
BIODATA USAHAWAN
 
Lim Goh Tong. Beliau lahir pada 28 Februari 1918 di daerah Anxi, wilayah Fujian, China. Beliau meninggal dunia oada 23 Oktober 2007 (umur 89 serta merupakan pengasas Genting Group. Harta kekayaan beliau $42.2 billion USD (2007).
 

Sebagai contoh,usahawan terkenal di Malaysia yang berani mengambil risiko ialah Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia (Forbes Asia). Beliau diiktiraf atas visi dan keberanian dalam menukarkan Genting Highlands dari puncak bukit yang tidak dikenali kepada salah satu daripada pusat pelancongan yang paling berjaya di dunia. Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat perjudian yang terbesar di asia.
 Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju kehadapan. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu.Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia (My story,2004).
 Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan suatu ketika dahulu. Tan Sri Lim Goh Tong merupakan usahawan yang terbaik dalam menunjukkan ciri keusahawanan ini. Beliau bukan sahaja sanggup menerima risiko mengalami kerugian, beliau juga menerima risiko mengorbankan nyawanya.Dari pengalaman beliau, boleh dilihat bahawa Tan Sri Lim Goh Tong telah mengambil risiko yang cukup besar untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Sekiranya pada masa beliau melihat peluang ini, beliau takut mengambil risiko ini atau berputus asa semasa diejek oleh orang lain, hari ini Bukit Tinggi Genting tidak akan wujud dalam Malaysia. 



6)    KOMITMEN YANG TINGGI
Kejayaan seseorang usahawan bergantung kepada komitmen usahawan tersebut.Komitmen membantu usahawan tersebut untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan.Usahawan haruslah melibatkan diri sepenuhnya dan sanggup mengorbankan masa,tenaga,dan wang dalam memastikan kejayaan sesuatu perniagaan.Selain itu,komitmen yang tinggi dapat membantu usahawan mengatasi ketakutan apabila berhadapan dengan kesilapan dan halangan-halangan.Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

BIODATA USAHAWAN
Datuk Wan Mohamad Sani Salleh. Beliau berumur 40 tahun. Lahir pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada enam beradik. Beliau mempunyai diploma dalam pengurusan perniagaan di Sunway Kolej. Kini, beliau merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Sebagai contoh,usahawan terkenal di Malaysia yang mempunyai cir usahawan iaitu komitmen yang tinggi kepada perniagaannya ialah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd. Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).Komitmen yang tinggi kepada perniagaannya dapat dilihat apabila beliau meninggalkan bidang permodelan  terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya. Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.
 Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu(Utusan,2011).Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong dirinya sendiri untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti.Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi.
Oleh yang demikian,komitmen yang tinggi oleh  usahawan amatlah penting dalam pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan.Pada peringkat permulaan perniagaan,usahawan amat memerlukan kerajinan,komitmen,keazaman dan ketabahan untuk menghadapi segala cabaran,rintangan dan masalah dalam menjayakan perniagaan.Pada peringkat penakatan,usahawan perlukan ciri-ciri ini bagi menghadapi segala kesulitan untuk mendapatkan kelebihan persaingan berbanding pesaing sedia ada.Pada peringkat pertumbuhan ,usahawan juga perlukan ciri-ciri untuk terus mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa






7)    JARINGAN

Jaringan ialah semua hubungan yang wujud serta dikekalkan oleh usahawan dengan manusia sekelilingnya untuk mendapatkan faedah bersama. Jaringan usahawan dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya, jaringan peribadi, jaringan awam serta jaringan perniagaan.

Jaringan peribadi merujuk kepada jaringan yang tidak formal. Jaringan seperti ini melibatkan hubungan secara langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak ini biasanya akan membekalkan sumber pertama kepada usahawan untuk mendapat pelbagai bantuan pada peringkat awal untuk memulakan perniagaan. 

Seterusnya, jaringan awam pula merujuk kepada sumber awam yang membolehkan usahawan meningkatkan pengetahuan, maklumat serta sebagai perantaraan dengan pihak-pihak tertentu. Sumber awam termasuk majalah, surat akhbar, buku, TV, radio, video, internet dan sebagainya. Sumber awam ini juga termasuk  pengetahuan yang diperoleh dari program latihan, seminar, bengkel serta persatuan. Manakala, jaringan perniagaan merupakan hubungan usahawan dengan pihak-pihak di luar organisasi perniagaan seperti pelanggan, pembekal, bank, akauntan, kerajaan, persatuan perniagaan, badan-badan professional dan lain-lain.




Jack Ma iaitu pengasas Alibaba.com , merupakan usahawan yang mempunyai jaringan yang luas. Ini membuktikan bahawa apabila beliau telah mengambil keputusan untuk menciptakan suatu “hompage” untuk China dalam Internet, ahli keluarganya sudi meminjam wang kepadanya sebagai modal. Ahli keluarganya menunjukkan sokongan yang sepenuhnya walaupun mereka tidak mengetahui apa itu Internet dan “hompage”. Dari pernyataan ini, telah membuktikan bahawa Jack Ma telah memiliki jaringan peribadi yang sangat kuat dalam membantu beliau menceburi bidang perniagaan. 

Sejurus beliau mendapatkan modal yang diperlukan, Jack Ma secara lansung menubuhkan sebuah syarikat perniagaan Internet. Dengan bantuan kawannya, beliau menghantar manuskripnya kepada syarikat surat khabar, China Trade News dan mendapatkan sokongan Timbalan Ketua Pengarang, Shun Yan Jun dari syarikat tersebut. Dengan bantuan Shun Yan Jun, Jack Ma mendapatkan peluang untuk menjelaskan Internet. Dengan bantuan kawannya, beliau mendapatkan peluang satu demi satu untuk memajukan perniagaan Internetnya itu.

Oleh itu, apabila beliau telah kukuh dalam bidang perniagan, beliau sentiasa mengadakan ceramah untuk menasihati orang ramai bahawa, perniagaan ini bukan sahaja fokus dalam strategi untuk mengaut keuntungan yang maksimum, namun jaringan sosial sendiri mesti dibina dengan amat luas. Hal ini kerana, jaringan yang luas dapat membenarkan serta memudahkan seseorang memperoleh bantuan dan sokongan yang tepat pada masanya tanpa mengira dari segi mental, kewangan atau fizikal.


TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA : TAN SRI LOH BOON SIEW



Datuk Loh Boon Siew

Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
1)    KREATIF DAN INOVATIF
Ketika berusia 18 tahun Loh membeli 11 buah unit bas pertamanya dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM 2,000.00. Beliau membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudian dia membeli 39 unit bas yang lain. Namun begitu, pada tahun 1942 kesemua wang hasil keringatnya telah dirampas oleh tentera Jepun pada perang dunia ke-2. Namun beliau tidak berputus asa, selepas Jepun tewas pada tahun 1945 dia mula menjual basikal dan peralatan motosikal, kemudian beliau mengembangkan perniagaannya dengan menjual kereta terpakai dan juga bas.
Sewaktu bercuti di Jepun, Loh mendapati bahawa motosikal Honda Super Cub sangat mendapat perhatian. Jadi beliau berpendapat bahawa mesin berkos rendah pasti mendapat  sambutan di Malaysia memandangkan Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun pada waktu itu.
Beberapa tahun kemudian, kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Hond Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew menjadai orang pertama yang membawa masuk Honda Cub ke Asia Tenggara.
Tan Sri telah meluaskan perniagaannya dalam pembangunan hartanah, pembangunan dan perhotelan melalui syarikat pelaburannya iaitu Oriental Holdings Sdn.bhd. Oriental Rubber and Palm Oil sdn.bhd merupakan anak syarikat kepada Oriental Holdings Sdn.Bhd. yang mengembangkan usaha niaga dalam sektor perladangan khususnya  kelapa sawit ke Indonesia pada tahun 1994.
Ini menunjukkan bahawa Tan Sri merupakan seorang yang kreatif di mana beliau tidak hanya bergantung pada satu perniagaan (permotoran ) sahaja. Hanya bermula dengan membawa masuk 11 unit buah bas,kemudian beralih kepada motosikal beliau mampu berjaya menempatkan Honda sebagai salah satu syarikat yang berprestij di mata rakyat Malaysia.

2)    PROAKTIF
          Boon Siew Sdn. Bhd. boleh diibaratkan sebagai permata yang sukar di cari di mana-mana kerana idea dan kepercayaan yang diterapkan oleh Loh. Syarikat itu kini telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia selama 40 tahun dan bakal terus memberikan sumbangannya kepada negara ini menerusi operasinya dalam alaf akan datang. (Utusan Melayu)
        Ciri proaktif  boleh dilihat pada diri seorang tokoh usahawan negara iaitu Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang merupakan seorang pengasas kenderaan berjenama Honda, Kunci kejayaannya merupakan beliau adalah seorang yang sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka dan selalu bersiap sedia walaupun beliau  adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Apabila beliau berumur 18 tahun , beliau berminat untuk berniaga sendiri dan sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan peluang . Beliau mengunakan wang yang disimpan untuk membeli beberapa peralatan mekanik yang bernilai RM 10 dan 8 buah bas yang berharga RM 200 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang . Bas ini mendatangkan hasil lumayan dan beliau menyimpan setiap keuntungan untuk menjadikan modal , akhirnya beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan dalam masa 7 tahun .
         Sikap beliau juga dapat dilihat ketika beliau melihat peluang untuk membawa kenderaan jenama Honda ke Malaysia.Ketika beliau melihat penggunaan kenderaan jenama tersebut beliau terus mengambil tindakan dengan memesan 12 unit kenderaan itu untuk diperkenalkan dalam kalangan rakan-rakan beliau sebagai permulaan keusahawanan beliau dalam bidang tersebut.Hasilnya sangat memberansangkan apabila rakan-rakan beliau menyukai tindakan beliau itu. Oleh itu , beliau telah berjaya menjadi pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia dengan dilantik oleh Honda Motor Japan Limited kerana beliau berusaha untuk mempengaruhi pengeluar tersebut . Beliau merupakan orang yang berjaya menempatkan Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di Malaysia sejak 3 tahun lalu. Sikap proaktif ini telah berjaya membuat Tan Sri untuk memperoleh kejayaan yang boleh dijadikan iktibar oleh setiap usahawan lain.
3)    Lokus kawalan dalaman.
            Lokus kawalan dalaman adalah tahap kepercayaan seseorang  individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Begitu juga, usahawan yang bernama Tan Sri Dato Loh Boon Siew. Beliau  merupakan pengasas motosikal motor Honda. Beliau merupakan usahawan yang sangat  berjaya di dunia. Perniagaan beliau sangat terkenal di seluruh dunia. Beliau yang bertanggungjawab dalam membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia.
 Pada sekitar tahun 1980 an beliau telah membawa masuk 10 buah motosikal di jalanraya, 7 daripadanya merupakan dari model Honda Boon Siew. Menurut sejarah,  walaupun beliau seorang  yang buta dan tidak pandai menulis beliau tetap bersemangat dalam meneruskan perniagaannya. Beliau yang mempunyai ciri lokus kawalan dalaman iaitu yakin terhadap kebolehan beliau  dan telah  membawa beberapa jenis motor Honda ke dalam Malaysia.Ketika umur beliau 12 tahun, beliau telah mengikut bapanya bekerja di Pulau Pinang untuk mencari sumber pendapatan yang lebih. Beliau telah bekerja sebagai seorang mekanik. Pelbagai pekerjaan yang dibuat bagi menambahkan pendapatan beliau. Hasil daripada pendapatan beliau, beliau telah mulai tertarik untuk berniaga ketika umur beliau 18 tahun.
Pada tahun 1958, beliau telah pergi ke Jepun untuk melancong. Pada waktu yang sama, beliau ternampak sebuah motorsikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia. Oleh itu, beliau yang mempunyai ciri lokus kawalan dalaman iaitu yakin terhadap keputusan yang dibuat, mula membuat keputusan untuk memesan 12 unit motorsikal setelah mengesan siapakah pengeluarnya untuk dibawa ke Malaysia. Motorsikal yang dibawa ditertawakan oleh rakan-rakannya kerana  jenis motorsikal tersebut sering cepat rosak dan tidak berguna.
Walaupun begitu, beliau yang mempunyai ciri lokus kawalan dalaman yakin akan keputusan yang dibuat walaupun terdapat faktor-faktor luaran seperti kata-kata negatif dari rakan-rakannya. Beliau cuba untuk membaiki setiap kelemahan dan akhirnya beliau berjaya membuatkan motorsikal Honda diminati oleh orang ramai menjelang tahun 1963. (hasnim, 2014)
4)    BIJAK MENGAMBIL PELUANG
Usahawan haruslah pandai melihat dan mengambil peluang serta pandai menganalisis,merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada.Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk berjaya.Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisi peluang,mereka tidaj akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasinya bergitu sahaja.Usahawan yang mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan organisasinya yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.Setiap usahawan mesti mempunyai pandangan yang jauh mengenai peluang yang ada.Setiap peluang yang diyakini mampu menjadikan wang mereka maka mereka pasti akan mencuba melaksakannya.
Sebagai contoh,Tan Sri Dato Loh Boon Siew merupakan salah seorang usahawan di Mlaysia yang berjaya menaikkan nama Honda.Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal di Malaysia.Hal ini demikian kerana keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan motosikal yang menepati citarasa pengguna di Negara ini.Idea utuk menjual motosikal Honda di Malaysia tercetus sewaktu beliau bercuti ke Jepun pada tahun 1958 di mana beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia.Oleh itu,beliau mengambil peluang tersebut dan berpendapat bahawa motosikal model tersebut sesuai digunakan oleh orang Malaysia kerana saiznya yang agak kecil dan ringan berbanding motosikal keluaran Eropah.Beliau mengambil keputusan untuk membelinya dan menjualnya di pasaran Malaysia.(Tan Sri Loh Boon Siew:The life and times of a fire dragoon,2006)
Jangkaan beliau terhadap hasil yang positif akan diperoleh daripada motosikal tersebut adalah tepat kerana pada tahun 1963 motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati dan mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga ke hari ini. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak beberapa tahun lalu.Hal ini menunjukkan bahawa usahawan yang bijak mengambil peluang mampu mencipta kejayaan dalam perniagaan mereka
5)    KOMITMEN TINGGI

Tan Sri Loh Boon Siew juga merupakan seorang yang mempunyai tahap komitment yang sangat tinggi di dalam bidang permotoran. Daripada seorang pelatih mekanik sehingga beliau berjaya menjadi pengedar tunggal yang sah bagi mengedar dan menjual motorsikal Honda. Pada sekitar tahun 1980-an, hanya 10 buah motosikal yang berada di jalan raya. 7 daripada itu adalah dari model Honda Boon Siew. Walaupun Tan Sri seorang buta huruf dan tidak boleh membaca, namun ia bukan penghalang untuk Tan Sri menubuhkan serta membawa masuk motosikal Honda ke Malaysia kerana beliau sangat berkomitmen tinggi. Hasil dari komitmennya yang tinggi,  kita dapat melihat dengan tertubuhnya kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant yang dimiliki oleh Boon Siew Sdn Bhd. Komitmen beliau bukan sahaja penjualan motorsikal Honda tetapi atas dasar minat dan komitmen yang tinggi beliau mendirikan kilang motorsikal yang pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin pada tahun 1969. Jadi, kita dapat melihat dengan adanya komitmen yang tinggi dalam diri seseorang usahawan, sudah pasti setiap usahawan boleh Berjaya seperti mana kejayaan yang dikecapi oleh Loh Boon Siew.