Sunday, 13 November 2016

TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA : TAN SRI LOH BOON SIEW



Datuk Loh Boon Siew

Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Loh tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.
1)    KREATIF DAN INOVATIF
Ketika berusia 18 tahun Loh membeli 11 buah unit bas pertamanya dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM 2,000.00. Beliau membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudian dia membeli 39 unit bas yang lain. Namun begitu, pada tahun 1942 kesemua wang hasil keringatnya telah dirampas oleh tentera Jepun pada perang dunia ke-2. Namun beliau tidak berputus asa, selepas Jepun tewas pada tahun 1945 dia mula menjual basikal dan peralatan motosikal, kemudian beliau mengembangkan perniagaannya dengan menjual kereta terpakai dan juga bas.
Sewaktu bercuti di Jepun, Loh mendapati bahawa motosikal Honda Super Cub sangat mendapat perhatian. Jadi beliau berpendapat bahawa mesin berkos rendah pasti mendapat  sambutan di Malaysia memandangkan Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun pada waktu itu.
Beberapa tahun kemudian, kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Hond Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew menjadai orang pertama yang membawa masuk Honda Cub ke Asia Tenggara.
Tan Sri telah meluaskan perniagaannya dalam pembangunan hartanah, pembangunan dan perhotelan melalui syarikat pelaburannya iaitu Oriental Holdings Sdn.bhd. Oriental Rubber and Palm Oil sdn.bhd merupakan anak syarikat kepada Oriental Holdings Sdn.Bhd. yang mengembangkan usaha niaga dalam sektor perladangan khususnya  kelapa sawit ke Indonesia pada tahun 1994.
Ini menunjukkan bahawa Tan Sri merupakan seorang yang kreatif di mana beliau tidak hanya bergantung pada satu perniagaan (permotoran ) sahaja. Hanya bermula dengan membawa masuk 11 unit buah bas,kemudian beralih kepada motosikal beliau mampu berjaya menempatkan Honda sebagai salah satu syarikat yang berprestij di mata rakyat Malaysia.

2)    PROAKTIF
          Boon Siew Sdn. Bhd. boleh diibaratkan sebagai permata yang sukar di cari di mana-mana kerana idea dan kepercayaan yang diterapkan oleh Loh. Syarikat itu kini telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia selama 40 tahun dan bakal terus memberikan sumbangannya kepada negara ini menerusi operasinya dalam alaf akan datang. (Utusan Melayu)
        Ciri proaktif  boleh dilihat pada diri seorang tokoh usahawan negara iaitu Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang merupakan seorang pengasas kenderaan berjenama Honda, Kunci kejayaannya merupakan beliau adalah seorang yang sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka dan selalu bersiap sedia walaupun beliau  adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Apabila beliau berumur 18 tahun , beliau berminat untuk berniaga sendiri dan sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan peluang . Beliau mengunakan wang yang disimpan untuk membeli beberapa peralatan mekanik yang bernilai RM 10 dan 8 buah bas yang berharga RM 200 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang . Bas ini mendatangkan hasil lumayan dan beliau menyimpan setiap keuntungan untuk menjadikan modal , akhirnya beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan dalam masa 7 tahun .
         Sikap beliau juga dapat dilihat ketika beliau melihat peluang untuk membawa kenderaan jenama Honda ke Malaysia.Ketika beliau melihat penggunaan kenderaan jenama tersebut beliau terus mengambil tindakan dengan memesan 12 unit kenderaan itu untuk diperkenalkan dalam kalangan rakan-rakan beliau sebagai permulaan keusahawanan beliau dalam bidang tersebut.Hasilnya sangat memberansangkan apabila rakan-rakan beliau menyukai tindakan beliau itu. Oleh itu , beliau telah berjaya menjadi pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia dengan dilantik oleh Honda Motor Japan Limited kerana beliau berusaha untuk mempengaruhi pengeluar tersebut . Beliau merupakan orang yang berjaya menempatkan Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di Malaysia sejak 3 tahun lalu. Sikap proaktif ini telah berjaya membuat Tan Sri untuk memperoleh kejayaan yang boleh dijadikan iktibar oleh setiap usahawan lain.
3)    Lokus kawalan dalaman.
            Lokus kawalan dalaman adalah tahap kepercayaan seseorang  individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Begitu juga, usahawan yang bernama Tan Sri Dato Loh Boon Siew. Beliau  merupakan pengasas motosikal motor Honda. Beliau merupakan usahawan yang sangat  berjaya di dunia. Perniagaan beliau sangat terkenal di seluruh dunia. Beliau yang bertanggungjawab dalam membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia.
 Pada sekitar tahun 1980 an beliau telah membawa masuk 10 buah motosikal di jalanraya, 7 daripadanya merupakan dari model Honda Boon Siew. Menurut sejarah,  walaupun beliau seorang  yang buta dan tidak pandai menulis beliau tetap bersemangat dalam meneruskan perniagaannya. Beliau yang mempunyai ciri lokus kawalan dalaman iaitu yakin terhadap kebolehan beliau  dan telah  membawa beberapa jenis motor Honda ke dalam Malaysia.Ketika umur beliau 12 tahun, beliau telah mengikut bapanya bekerja di Pulau Pinang untuk mencari sumber pendapatan yang lebih. Beliau telah bekerja sebagai seorang mekanik. Pelbagai pekerjaan yang dibuat bagi menambahkan pendapatan beliau. Hasil daripada pendapatan beliau, beliau telah mulai tertarik untuk berniaga ketika umur beliau 18 tahun.
Pada tahun 1958, beliau telah pergi ke Jepun untuk melancong. Pada waktu yang sama, beliau ternampak sebuah motorsikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia. Oleh itu, beliau yang mempunyai ciri lokus kawalan dalaman iaitu yakin terhadap keputusan yang dibuat, mula membuat keputusan untuk memesan 12 unit motorsikal setelah mengesan siapakah pengeluarnya untuk dibawa ke Malaysia. Motorsikal yang dibawa ditertawakan oleh rakan-rakannya kerana  jenis motorsikal tersebut sering cepat rosak dan tidak berguna.
Walaupun begitu, beliau yang mempunyai ciri lokus kawalan dalaman yakin akan keputusan yang dibuat walaupun terdapat faktor-faktor luaran seperti kata-kata negatif dari rakan-rakannya. Beliau cuba untuk membaiki setiap kelemahan dan akhirnya beliau berjaya membuatkan motorsikal Honda diminati oleh orang ramai menjelang tahun 1963. (hasnim, 2014)
4)    BIJAK MENGAMBIL PELUANG
Usahawan haruslah pandai melihat dan mengambil peluang serta pandai menganalisis,merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada.Usahawan yang merebut dan melaksanakan peluang merupakan pra-syarat untuk berjaya.Sebagai seorang usahawan yang dapat meramal dan menganalisi peluang,mereka tidaj akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasinya bergitu sahaja.Usahawan yang mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mereka mampu melihat masa depan organisasinya yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.Setiap usahawan mesti mempunyai pandangan yang jauh mengenai peluang yang ada.Setiap peluang yang diyakini mampu menjadikan wang mereka maka mereka pasti akan mencuba melaksakannya.
Sebagai contoh,Tan Sri Dato Loh Boon Siew merupakan salah seorang usahawan di Mlaysia yang berjaya menaikkan nama Honda.Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat yang sangat terkenal di Malaysia.Hal ini demikian kerana keupayaan syarikat tersebut mengeluarkan motosikal yang menepati citarasa pengguna di Negara ini.Idea utuk menjual motosikal Honda di Malaysia tercetus sewaktu beliau bercuti ke Jepun pada tahun 1958 di mana beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia.Oleh itu,beliau mengambil peluang tersebut dan berpendapat bahawa motosikal model tersebut sesuai digunakan oleh orang Malaysia kerana saiznya yang agak kecil dan ringan berbanding motosikal keluaran Eropah.Beliau mengambil keputusan untuk membelinya dan menjualnya di pasaran Malaysia.(Tan Sri Loh Boon Siew:The life and times of a fire dragoon,2006)
Jangkaan beliau terhadap hasil yang positif akan diperoleh daripada motosikal tersebut adalah tepat kerana pada tahun 1963 motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati dan mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga ke hari ini. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak beberapa tahun lalu.Hal ini menunjukkan bahawa usahawan yang bijak mengambil peluang mampu mencipta kejayaan dalam perniagaan mereka
5)    KOMITMEN TINGGI

Tan Sri Loh Boon Siew juga merupakan seorang yang mempunyai tahap komitment yang sangat tinggi di dalam bidang permotoran. Daripada seorang pelatih mekanik sehingga beliau berjaya menjadi pengedar tunggal yang sah bagi mengedar dan menjual motorsikal Honda. Pada sekitar tahun 1980-an, hanya 10 buah motosikal yang berada di jalan raya. 7 daripada itu adalah dari model Honda Boon Siew. Walaupun Tan Sri seorang buta huruf dan tidak boleh membaca, namun ia bukan penghalang untuk Tan Sri menubuhkan serta membawa masuk motosikal Honda ke Malaysia kerana beliau sangat berkomitmen tinggi. Hasil dari komitmennya yang tinggi,  kita dapat melihat dengan tertubuhnya kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant yang dimiliki oleh Boon Siew Sdn Bhd. Komitmen beliau bukan sahaja penjualan motorsikal Honda tetapi atas dasar minat dan komitmen yang tinggi beliau mendirikan kilang motorsikal yang pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin pada tahun 1969. Jadi, kita dapat melihat dengan adanya komitmen yang tinggi dalam diri seseorang usahawan, sudah pasti setiap usahawan boleh Berjaya seperti mana kejayaan yang dikecapi oleh Loh Boon Siew. 

No comments:

Post a Comment